Friday, November 3, 2017

Khasiat Pati Delima : Review Diri Sendiri

Assalammualaikum....

Hari ini nak kongsi sikit tentang kebaikan pati delima. Sebenarnya terjebak secara tidak sengaja dalam mencari penawar angin yang dialami oleh rakan baik saya. Google punya google terbaca lah tentang kebaikan pati delima ini dan salah satu manfaatnya dapat membuang angin dalam badan. Malah buah delima juga disebut di dalam Al-Quran. Sebelum itu, meh kita belajar sedikit tentang fakta buah delima ini..😍

Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan terutamanya untuk kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.


RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Kalau nak sebut pasal khasiat buah delima ini memang banyak, so part ini boleh google sendiri.. hehehe

Ok kembali ke cerita asal, setelah yakin dengan kebaikannya maka saya pun mencari pati delima sebab kalau buah susah nak cari dan bermusim dan leceh pulak nak kena blend jadikan jus.. hahahaha. Memang rasa tak sabar nak rasa pati delima ini, maka target pencarian berserta membawa sudu dimulakan. Sanggup juga tak minum pagi sebab nak ikut nasihat kat blog-blog yang dibaca supaya minum dengan perut kosong iaitu sebelum minum/makan pagi. Dan.....Akhirnya terjumpalah dengan pati delima gulsan.

Seperti yang dirancang...😅, terus masuk kereta dan minum sesudu... memang sedap... saya suka..saya suka. ada sedikit masam dan manis... dan balik dengan gembiranya. Malam sebelum tidur pun minum lagi sebab sedap.. 

Jeng,jeng,jeng.....keesokkan harinya saya terus selesema dan batuk. Hah sudah... memang ada baca ada orang akan mengalami simptom2 seperti ini mungkin sebab healing crisis. Jadi tak risau dan teruskan pengambilan. Badan memang rasa bertenaga walaupun tak sihat. Alhamdullilah..

Banyak juga perubahan pada diri sendiri, terutamanya kulit...terasa lembut, lembab dan cerah. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengambilan pati delima ini. Kalau ada sesiapa berminat untuk membeli pati delima gulsan boleh pm saya ye.. Harga memang berbaloi-baloi...😍COD area kajang dan sekitarnya...


p/s : Kawan saya pun dah bertambah sihat asbab pati delima ini dan merupakan pelanggan setia saya