Friday, November 3, 2017

Khasiat Pati Delima : Review Diri Sendiri

Assalammualaikum....

Hari ini nak kongsi sikit tentang kebaikan pati delima. Sebenarnya terjebak secara tidak sengaja dalam mencari penawar angin yang dialami oleh rakan baik saya. Google punya google terbaca lah tentang kebaikan pati delima ini dan salah satu manfaatnya dapat membuang angin dalam badan. Malah buah delima juga disebut di dalam Al-Quran. Sebelum itu, meh kita belajar sedikit tentang fakta buah delima ini..๐Ÿ˜

Buah delima atau nama botaninya Punica Granatum diakui amat berkhasiat dan mempunyai banyak keistimewaan terutamanya untuk kesihatan. Antara khasiat buah delima ini adalah mampu merawat batuk, menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru serta mengubati sakit mata.


RAHSIA BUAH DELIMA DI DALAM AL-QURAN

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. 

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. 

Kalau nak sebut pasal khasiat buah delima ini memang banyak, so part ini boleh google sendiri.. hehehe

Ok kembali ke cerita asal, setelah yakin dengan kebaikannya maka saya pun mencari pati delima sebab kalau buah susah nak cari dan bermusim dan leceh pulak nak kena blend jadikan jus.. hahahaha. Memang rasa tak sabar nak rasa pati delima ini, maka target pencarian berserta membawa sudu dimulakan. Sanggup juga tak minum pagi sebab nak ikut nasihat kat blog-blog yang dibaca supaya minum dengan perut kosong iaitu sebelum minum/makan pagi. Dan.....Akhirnya terjumpalah dengan pati delima gulsan.

Seperti yang dirancang...๐Ÿ˜…, terus masuk kereta dan minum sesudu... memang sedap... saya suka..saya suka. ada sedikit masam dan manis... dan balik dengan gembiranya. Malam sebelum tidur pun minum lagi sebab sedap.. 

Jeng,jeng,jeng.....keesokkan harinya saya terus selesema dan batuk. Hah sudah... memang ada baca ada orang akan mengalami simptom2 seperti ini mungkin sebab healing crisis. Jadi tak risau dan teruskan pengambilan. Badan memang rasa bertenaga walaupun tak sihat. Alhamdullilah..

Banyak juga perubahan pada diri sendiri, terutamanya kulit...terasa lembut, lembab dan cerah. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengambilan pati delima ini. Kalau ada sesiapa berminat untuk membeli pati delima gulsan boleh pm saya ye.. Harga memang berbaloi-baloi...๐Ÿ˜COD area kajang dan sekitarnya...


p/s : Kawan saya pun dah bertambah sihat asbab pati delima ini dan merupakan pelanggan setia saya 

Sunday, October 22, 2017

Kad Debit

Assalammualaikum..

Hahaha memang dah lama tak menulis kat blog nie sampai terlupa ada blog sendiri... emm biasalah bila dah teringat aka rindu so kita tulis lah sikit. 

Seperti tajuk tu.. bukan nak kondem sesiapa tapi nak berkongsi perasaan.. cewahhh.. arahan?? Oklah makluman untuk menukar kad debit oleh sebuah bank telah banyak kali diperingatkan. Jadi sebelum terlupa almaklum terasa dah diri nie tua, maka bergerak lah kita ke bank berkenaan. 

Macam biasalah kena beratur kat kaunter pertanyaan dan mereka akan tanya urusan apa. Jadi bagitau lah nak tukar kad dan sudah dimaklumkan oleh pegawai berkenaan no untuk urusan tersebut agak banyak sebelum no giliran saya. Saya dengan confident cakap xpe saya boleh tunggu. Yelah dah nekad nak wat juga kan, macam kata pepatah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. yeke?? Hahahha. saya pun mencari-cari tempat duduk dicelah-celah orang ramai tu..

Alhamdullilah ada kerusi kosong... suka2 sebab no kita lambat lagi. Kita dok menunggulah giliran kita dengan penuh kesabaran tapi apakan daya pergerakan kaunter memang sangat per-la-han.. kali pertama dalam sejarah hidup sampai mengantuk menunggu. Dari panas ke hujan dan panas balik pun no giliran tidak dipanggil lagi. Macam mana sy tau cuaca kat luar?? Biasalah bank kan pintu kaca dan tempat menunggu selari dengan pintu maka pandangan jelas lagi nyata depan mata๐Ÿ˜.

Saya pun tertanya-tanya kenapalah lambat sangat kerana hanya pertukaran kad sahaja. Pernah saya menukar kad saya di sebuah bank selepas beberapa peringatan lah kan.. servis bank tersebut sangat bagus dan begitu cepat dan pantas. Kerusi pun tak panas lagi kad dah siap.. teruja ooooo๐Ÿ‘๐Ÿป

Tapi bila berada di bank ini otak nie berfikir adakah pegawai di kaunter, system atau sebab-sebab lain yang melambatkan proses berkenaan??.. kenapa bank lain boleh cepat dan pantas tapi.... bank ini.....๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Ok selepas hampir 3 jam berlaku no giliran pun dipanggil.. wahhhh gembira bukan kepalang sebab keletihan menunggu bakal tamat.. hahaha.. dalam keterujaan sebab no giliran dipanggil ada pulak masalah dalaman yang mengganggu.. adeh dapat pulak pegawai yang tak mesra alam.. muka berkerut2.. lepas tu siap boleh jawab call walau pelanggan depan mata... aisehhh.. nie sudah lebih kan.. Kita yang dah lama menunggu nie rasa memang terbakao bila layanan tak up to standard customer service. 

Bagi pendapat saya kalau anda bekerja sebagai frontliner walau apa jua keadaan mestilah sentiasa mesra dengan pelanggan. Nie kita pulak tanya balik dan baru diterangkan.. 

Dok berfikir... adakah ini sememangnye normal๐Ÿ˜‚

Monday, June 8, 2015

Kek Buah Kukus

Kegilaan terbaru diriku ialah mengukus kek... so kek yang menjadi pilihan ialah kek kukus.. walaupun perlu mengukus sehingga 4 jam tp berbaloi... hehhe. Meh belanja gambar dulu..๐Ÿ˜Š


Nampak menarik bukan.. hahahah puji diri sendiri.


Saturday, June 6, 2015

Jualan Kekacang Raya!!!


Em... nampak menarik dan menyelerakan kan?? Harga yang berpatutan walau dgn GST yang dah menggila nie... hehhehe..

Tempahan dibuka sepanjang tahun...☺

Promosi Raya akan dimaklumkan tidak lama lagi jd jangan ketinggalan..