Sunday, October 22, 2017

Kad Debit

Assalammualaikum..

Hahaha memang dah lama tak menulis kat blog nie sampai terlupa ada blog sendiri... emm biasalah bila dah teringat aka rindu so kita tulis lah sikit. 

Seperti tajuk tu.. bukan nak kondem sesiapa tapi nak berkongsi perasaan.. cewahhh.. arahan?? Oklah makluman untuk menukar kad debit oleh sebuah bank telah banyak kali diperingatkan. Jadi sebelum terlupa almaklum terasa dah diri nie tua, maka bergerak lah kita ke bank berkenaan. 

Macam biasalah kena beratur kat kaunter pertanyaan dan mereka akan tanya urusan apa. Jadi bagitau lah nak tukar kad dan sudah dimaklumkan oleh pegawai berkenaan no untuk urusan tersebut agak banyak sebelum no giliran saya. Saya dengan confident cakap xpe saya boleh tunggu. Yelah dah nekad nak wat juga kan, macam kata pepatah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.. yeke?? Hahahha. saya pun mencari-cari tempat duduk dicelah-celah orang ramai tu..

Alhamdullilah ada kerusi kosong... suka2 sebab no kita lambat lagi. Kita dok menunggulah giliran kita dengan penuh kesabaran tapi apakan daya pergerakan kaunter memang sangat per-la-han.. kali pertama dalam sejarah hidup sampai mengantuk menunggu. Dari panas ke hujan dan panas balik pun no giliran tidak dipanggil lagi. Macam mana sy tau cuaca kat luar?? Biasalah bank kan pintu kaca dan tempat menunggu selari dengan pintu maka pandangan jelas lagi nyata depan mata😍.

Saya pun tertanya-tanya kenapalah lambat sangat kerana hanya pertukaran kad sahaja. Pernah saya menukar kad saya di sebuah bank selepas beberapa peringatan lah kan.. servis bank tersebut sangat bagus dan begitu cepat dan pantas. Kerusi pun tak panas lagi kad dah siap.. teruja ooooo👍🏻

Tapi bila berada di bank ini otak nie berfikir adakah pegawai di kaunter, system atau sebab-sebab lain yang melambatkan proses berkenaan??.. kenapa bank lain boleh cepat dan pantas tapi.... bank ini.....😭😭😭

Ok selepas hampir 3 jam berlaku no giliran pun dipanggil.. wahhhh gembira bukan kepalang sebab keletihan menunggu bakal tamat.. hahaha.. dalam keterujaan sebab no giliran dipanggil ada pulak masalah dalaman yang mengganggu.. adeh dapat pulak pegawai yang tak mesra alam.. muka berkerut2.. lepas tu siap boleh jawab call walau pelanggan depan mata... aisehhh.. nie sudah lebih kan.. Kita yang dah lama menunggu nie rasa memang terbakao bila layanan tak up to standard customer service. 

Bagi pendapat saya kalau anda bekerja sebagai frontliner walau apa jua keadaan mestilah sentiasa mesra dengan pelanggan. Nie kita pulak tanya balik dan baru diterangkan.. 

Dok berfikir... adakah ini sememangnye normal😂

No comments:

Post a Comment